Sunday 28 January 2018

Jalan Lurus Orang Yang Beriman. Dimanakah Kita?

بسم الله الرحمن الرحيم

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah, selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha 
dan tempat kamu tinggal. (Muhammad 47: 19)



Peringatan untuk diriku & umat Nabi Muhammad Sollahu Alaihii Wassalam sempena di penghujung akhir zaman.

Pastikan kita sentiasa berada di jalan yang lurus (Sirotol Mustaqim). Iaitu jalan yg Allah berikan nikmat.

Seperti telah dinyatakan pada doa wajib 17 kali yang kita baca dalam solat yg telah diberitahukan didalam surah Al-Fatiha ayat 6-7.


(7)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka..."

Siapakah orang-orang yang Allah anugerahkan nikmat ini..?

Allah berfirman didalam surah An-Nisa ayat 69 mengenai orang-orang yang dianugerahkan nikmat:

"Dan barangsiapa yang mentaati Allah & RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, para Shiddiiqiin, orang-orang yang mati Syahid & orang-orang Shalih"

Disini Allah nyatakan hanya 4 golongan sahaja yang sentiasa berada di jalan yang lurus & dianugerahkan nikmat (mukmin).

1. Para Nabi & Warizatul ambia.
2. Para Siddiqin.
3. Para Syuhada.
4. Para Solihin.

Dimanakah kita berada?
Sudah islam belum tentu lagi mukmin.

Beza antara islam & mukmin adalah setinggi langit & bumi.

Jadilah orang mukmin iaitu bukan sahaja islam malah orang yang beriman & dianugerahkan nikmat. Mempunyai AKIDAH yang kukuh, IMAN yang bertambah & berTAUHID.

No comments:

Post a Comment

Kesengsaraan Di Padang Mahsyar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْ...